Monday, November 9, 2009

Wang Vs Emas

Sebelum kita melihat perbezaan di antara wang dan emas, mari kita mengkaji sedikit sejarah tentang keduanya

Wang: Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM). Inilah yang kita hadap hari nak beli barang, nak renew lesen, nak bayar itu ..bayar ini

Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:

1. Sebagai unit nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:
Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
menjadi penyimpan nilai yang baik.





Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.

Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.

Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir
11. “Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan” (petikannya di sini)

Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan

Emas: Anda boleh lihat pada Harga Emas terdahulu, jika anda simpan emas selama 10 tahun, apa akan jadi dengan harga emas selepas 10 tahun



Emas = penyimpan nilai @ kekayaan terunggul.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, salah satu kelebihan emas ialah ianya dipilih manusia sebagai penyimpan nilai @ kekayaan.

Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:

1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi

Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.

Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.

Justeru, ini juga merupakan sebab terbaik untuk kita mula melabur/membeli emas.

1. Harganya stabil. Tak naik turun dengan drastik
2. Harganya tetap akan menaik dalam jangkamasa panjang
3. Dalam keadaan krisis, emas menjadi pilihan utama pelabur

No comments:

Post a Comment