Monday, November 9, 2009

Adakah Sekarang Sesuai Untuk Membeli Emas


Jika saya ditanya, bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas, jawapan saya mudah, ada duit beli saja

Saya selalu berkongsi informasi dengan pelanggan-pelanggan saya ilmu tentang emas ini, jangan tunggu duit banyak baru nak beli emas, anda boleh jadikan simpanan anda bulan-bulan cuma tukarkan simpanan tersebut dengan emas

Sebagai contoh saya dan suami, kami membeli 1 dinar sekeping sebulan menggantikan duit, dengan modal serendah RM500++ sekeping, saya rasa ia mampu dimiliki, jika anda menyimpan 200 sebulan, 3 bulan simpanan anda sudah boleh memiliki 1 dinar, semasa hari raya puasa yang lepas duit raya anak-anak sayapun, saya kumpul dan tukarkan dalam bentuk dinar

kenapa saya beria-ia menyuruh orang membeli emas?
kita lihat saja pada fakta harga emas, jika kita pada tahun 2004, harga emas pada masa itu adalah RM40 segram, pada tahun 2008 harga emas segram adalah RM80++ - RM100++ segram dan pada tahun 2009 harga emas adalah RM120++, pada bulan November 2009 ini harga emas telah naik sebanyak RM132/segram (boleh rujuk harga Public Gold)

tentunya anda boleh menganggarkan jika anda membeli 1 dinar sekarang berharga RM500++ ...bagaimana pula harga 1 dinar tersebut dalam jangka masa 5 tahun atau 10 tahun...mungkin harga telah naik sebanyak RM1000 1 dinar ataupun mungkin lebih lagi

Berbanding anda simpan duit 200 sebulan...nilai 200 tu akan menyusut dari hari ke hari setahun ke setahun dimana kuasa membeli dengan nilai RM200 tu telah menyusut kesan daripada inflasi

Oleh itu, jangan tunggu lagi, segeralah membeli emas!!!

No comments:

Post a Comment