Wednesday, December 30, 2009

5 Sebab Mengapa anda perlu tukarkan Wang kertas anda kepada Emas

Kredit kepada samurai (http://samurai-syurgaemas.blogspot.com/)...saya petik sekit artikel dari web beliau

Kebaikan Emas No.1
* Tiada susutnilai dan inflasi. Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor,zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM460 lebih kurang.1 dinar=4.25g.
* Hari ni sedinar dah RM500+-(update 16.3.2009)
* seekor ayam zaman nabi sedirham.dirham sekarang rm16 sedirham=2.975g perak

Keburukan Wang Kertas No.1

* Wang kertas susutnilai..Saya ada beli dinar iraq masa saddam hussien dulu berjumlah 25000 dinar (wang kertas) pada masa kegemilangan saddam,sedinar=RM5. Masa saya beli sedinar=RM0.10..sekarang satu sen kurap pun tak laku kerana duit kertas.(update 16.3.2009)

Kebaikan Emas No.2
* BERnilai kerana ia logam anugerah Tuhan.

Keburukan Wang Kertas No.2

* DIPERnilai kerana ia kertas yang dicetak sahaja. Jika anda ada lesen cetak duit kertas,anda boleh beli mesin dan cetak di belakang rumah anda..(update 16.3.09)

Kebaikan Emas No.3

* Laku satu dunia setiap masa.Alangkah selamatnya jika kita mempunyai emas.Lihat apa yang berlaku di Zimbabwe sekarang.100 bilion wang kertas hanya untuk 3 biji telur ayam sedang tahun 80an,duit Zimbabwe lebih mahal dari us dolar..

Keburukan Wang Kertas No.3

* Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq,Selepas kejatuhan Saddam,wang ringgit terus tidak bernilai.kalau anda faham tentang rizab berkanun,anda tentu pastas berubah.(update16.03.09)

Kebaikan Emas No.4

* Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2002 RM9000.Sedinar pada waktu itu RM140.cuba bahagikan..anda dapat 64 dinar. Tahun 2009,kos haji RM11000,sedinar RM500.cuba bahagikan..menakjubkan..anda hanya perlu 22 dinar sahaja..ini hakikatnya..(update 16.03.09)

Keburukan Wang Kertas No.4

* Kalau anda menabung bentuk duit,nescaya anda perlu tambah lagi wang kerana wang di tangan anda semakin susutnilai.ia benar2 meletihkan anda.

Kebaikan Emas No.5

* Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2002 RM9000.Sedinar pada waktu itu RM140.cuba bahagikan..anda dapat 64 dinar. Tahun 2009,kos haji RM11000,sedinar RM500.cuba bahagikan..menakjubkan..anda hanya perlu 22 dinar sahaja..ini hakikatnya..(update 16.03.09)

Keburukan Wang Kertas No.5

* Kalau anda menabung bentuk duit,nescaya anda perlu tambah lagi wang kerana wang di tangan anda semakin susutnilai.ia benar2 meletihkan anda.

Wednesday, November 11, 2009

Apa pilihan Anda Barang Kemas atau Syiling Emas

Assalamualaikum...kengkawan semua

Mungkin semua orang sudah tahu tentang kepentingan emas, sebab itu kalau anda melintas di kedai kedai emas tak kira lah Poh Kong ke...Wah Chan ke...tak kira macam mana pun harga emas, penuh saja kedai emas kan...

So.. artikel hari ini saya ingin mengupas tentang barang kemas dan syiling emas

Barangan kemas

Barangan kemas memang tidak asing lagi bagi semua orang, Bagi orang perempuan pula barang kemas merupakan suatu kemestian kalau tidak dikatakan tak berseri pula seseorang wanita tersebut tanpa perhiasan

Kemudian barang kemas menjadi keperluan pula di waktu sesak yang memerlukan wang tunai segera, maka wujudlah pajak gadai islam dengan begitu pesat ekoran permintaan yang tinggi terhadap pajak gadai islam

Oleh itu barang kemas menjadi kegilaan orang ramai ekoran ia menjadi sumber untuk mendapatkan wang tunai segera, namun zaman telah berubah malah kepentingan emas mula mendapat tempat di hati orang ramai maka terdapat pilihan yang lain selain daripada barangan kemas iaitu syiling emas dan jongkong emas

Di sini saya nyatakan kebaikan dan keburukan keduanya untuk anda membuat perbandingan, walaupun memiliki keduanya adalah baik kerana tetap memberi keuntungan kepada anda pada jangkamasa panjang namun jika anda inginkan keuntungan yang maksimum, anda perlu tahu maklumat-maklumat berikut:

Kebaikan Barangan kemas

1. Sebagai barang perhiasan, selalu bila hari raya, pergi kenduri kahwin baru la barang-barang kemas ini keluar dari simpanan, kalau yang basahan tu biasanya yang simple-simple je...kalau pergi kenduri baru yang hat canggih sekit keluar

2. Boleh digadai tanpa sebarang masalah di mana-mana pajak gadai samada bank rakyat, Arrahn, Yapeim dan lain lain

Keburukan Barang kemas

1. Harga barang kemas adalah mengikut Harga Emas Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) yang mana jauh lebih mahal daripada harga sebenar emas

2. Biasanya barangan kemas 916 (22 karat) kalau digadai tidak akan memperoleh 22 karat tepat malah jika tidak kena gaya boleh turun sehingga 18 karat sahaja sebab itu kedai emas boleh memberi diskaun gila gila kepada anda, anda ingatkan anda dah untung sebenarnya tapi kualiti emas yang anda beli bukanlah 22 karat sebenarnya. Jika barangan kemas anda mempunyai ukiran yang melampau, mesin gadaian juga tidak dapat membacanya oleh itu kemungkinan barangan anda tidak dapat dipajak

3. Jika anda ingin menjual barangan kemas anda, barangan anda akan ditolak 20-25% daripada harga semasa, memang la anda tetap memperoleh keuntungan kerana semasa anda membeli mungkin harga adalah RM40 segram dan harga semasa anda jual adalah RM120 segram namun dengan menjual barangan kemas anda tidak memaksimakan keuntungan anda

4. Semasa membeli barangan kemas kos yang dikenakan termasuk kos upah

Syiling Emas


Kebaikan membeli Syiling atau Jongkong emas (saya ambil contoh emas public gold)

1. Harga jualan yang lebih murah daripada barangan kemas di samping kualiti emas yang lebih baik, jualan dan belian adalah berpandukan kepada web public gold (www.publicgold.com.my)

2. Sesuai dijadikan pelabuaran jangka masa panjang kerana anda boleh menjual kembali emas anda dengan spread harga dalam 5-6% sahaja berbanding menjual di kedai emas dengan belian balik yang rendah ditolak dalam 25-30%

3. Masih boleh dijual walaupun calar, bengkok dan sebagai asalkan tidak mempengaruhi berat asalnya


Keburukan membeli Syiling emas

1. Tidak semua pajak gadai menerima syiling emas seperti Agro dan Yapeim tidak menerima gadaian dalam bentuk syiling namun anda tetap ada pilihan lain seperti bank rakyat dan jika anda memang tidak suka mengadai emas anda, ia merupakan aset yang paling tepat untuk dimiliki

Monday, November 9, 2009

Adakah Sekarang Sesuai Untuk Membeli Emas


Jika saya ditanya, bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas, jawapan saya mudah, ada duit beli saja

Saya selalu berkongsi informasi dengan pelanggan-pelanggan saya ilmu tentang emas ini, jangan tunggu duit banyak baru nak beli emas, anda boleh jadikan simpanan anda bulan-bulan cuma tukarkan simpanan tersebut dengan emas

Sebagai contoh saya dan suami, kami membeli 1 dinar sekeping sebulan menggantikan duit, dengan modal serendah RM500++ sekeping, saya rasa ia mampu dimiliki, jika anda menyimpan 200 sebulan, 3 bulan simpanan anda sudah boleh memiliki 1 dinar, semasa hari raya puasa yang lepas duit raya anak-anak sayapun, saya kumpul dan tukarkan dalam bentuk dinar

kenapa saya beria-ia menyuruh orang membeli emas?
kita lihat saja pada fakta harga emas, jika kita pada tahun 2004, harga emas pada masa itu adalah RM40 segram, pada tahun 2008 harga emas segram adalah RM80++ - RM100++ segram dan pada tahun 2009 harga emas adalah RM120++, pada bulan November 2009 ini harga emas telah naik sebanyak RM132/segram (boleh rujuk harga Public Gold)

tentunya anda boleh menganggarkan jika anda membeli 1 dinar sekarang berharga RM500++ ...bagaimana pula harga 1 dinar tersebut dalam jangka masa 5 tahun atau 10 tahun...mungkin harga telah naik sebanyak RM1000 1 dinar ataupun mungkin lebih lagi

Berbanding anda simpan duit 200 sebulan...nilai 200 tu akan menyusut dari hari ke hari setahun ke setahun dimana kuasa membeli dengan nilai RM200 tu telah menyusut kesan daripada inflasi

Oleh itu, jangan tunggu lagi, segeralah membeli emas!!!

Wang Vs Emas

Sebelum kita melihat perbezaan di antara wang dan emas, mari kita mengkaji sedikit sejarah tentang keduanya

Wang: Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM). Inilah yang kita hadap hari nak beli barang, nak renew lesen, nak bayar itu ..bayar ini

Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:

1. Sebagai unit nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:
Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
menjadi penyimpan nilai yang baik.





Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.

Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.

Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir
11. “Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan” (petikannya di sini)

Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan

Emas: Anda boleh lihat pada Harga Emas terdahulu, jika anda simpan emas selama 10 tahun, apa akan jadi dengan harga emas selepas 10 tahun



Emas = penyimpan nilai @ kekayaan terunggul.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, salah satu kelebihan emas ialah ianya dipilih manusia sebagai penyimpan nilai @ kekayaan.

Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:

1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi

Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.

Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.

Justeru, ini juga merupakan sebab terbaik untuk kita mula melabur/membeli emas.

1. Harganya stabil. Tak naik turun dengan drastik
2. Harganya tetap akan menaik dalam jangkamasa panjang
3. Dalam keadaan krisis, emas menjadi pilihan utama pelabur

Mari Membeli Emas

Antara produk emas yang menjadi pilihan saya adalah Wafer Public Gold dan Dinar dari Public Dinar.

Wafer Public Gold terdiri daripada 4 produk yang laris iaitu 20g bar, 50g coin dan bar dan 100g bar, ketulenan wafer ini adalah 999.9 (24 karat)dan saya sendiri telah menguji ketulenan semua produk public gold di bank rakyat


























manakala dinar yang dijual dalam bentuk 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar, anda mampu untuk memiliki produk ini mengikut kemampuan anda serendah RM500++ mengikut kepada harga semasa emas

Bagaimana saya nak mulakan pelaburan emas? Bhg. 1

Sebelum anda ingin membuat mana-mana pelaburan emas, anda perlu mengetahui serba sedikit tentang komoditi tersebut contohnya ketulenannya, harga, berapa karat dan sebagainya...mungkin akan saya jelas kan di artikel yang lain pula

Posting ini adalah panduan asas semata-mata, selain dari aspek-aspek yang saya sebutkan di atas perlu juga pertimbangkan aspek-aspek lain seperti jarak tempat jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran samada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?

Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:

1. Syiling emas - mempunyai banyak pilihan di pasaran samada 24 karat (999 emas) atau 22 karat (916 emas)
2. gold bar - kebanyakkan 24 karat (999 emas)

Jika anda susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.

Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)
Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik. beli dan jual balik di Maybank











Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz) .
Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:

- Canadian gold Maple Leave
- Australian Nugget
- Singapore gold coin







Pilihan ketiga:
a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)

Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia.
Mudah diperolehi di kedai emas.















Gold Bar Public Gold












Gold Bar Pamp Suisse
















Syiling Emas Public Gold


Bagaimana anda membuat pilihan untuk membeli produk-produk di atas bergantung kepada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan:

1. Senang Dibeli dan Senang untuk Dijual
Ini merupakan salah satu faktor terpenting yang perlu anda pertimbangkan adakah produk tersebut mudah dibeli, saya ambil contoh emas yang dibeli dari outlet dinar Kelantan Ar-Rahn merupakan salah satu pelaburan yang bagus jika outlet tersebut berhampiran dengan anda contohnya penduduk kelantan amat mudah untuk mendapatkan dinar kelantan dan anda boleh menjualkan nya kembali kepada kedai tersebut

2. Spread jualan balik yang rendah
Ini juga merupakan faktor mengapa produk emas tersebut menjadi pilihan anda, saya ambil contoh jika anda membeli pamp suisse 100g dengan harga semasa RM12800 dan apabila anda hendak menjual kembali ke kedai emas..kedai tersebut akan menolak 30% daripada harga semasa emas, kedai tersebut akan membeli emas anda sebanyak RM8960 sahaja, tentunya jika anda hendak menjual ke kedai emas ia merupakan langkah yang tidak bijak, anda perlu beralih kepada produk lain yang menjanjikan belian balik yang competatif

Nota:
Emas walaupun macam manapun keadaan ia tetap menguntungkan anda cuma bagaimana anda hendak memaksimakan keuntungan anda, jika anda ingin bertanya tentang emas, anda boleh berkongsi pengalaman dengan saya, insya allah dengan ilmu yang sedikit ini, saya akan dapat berkongsi ilmu dengan anda

Kenapa anda perlu membeli emas?

Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diterokai. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan. Jangan tunggu! Mulakan pelaburan emas anda sekarang juga

Mengapa anda perlu membeli emas?

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.

Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:

Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!

Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!

Harga Emas dunia 10 tahun

Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:



Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)

Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!

Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)

Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Antaranya ialah:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

Nota:
Saya telah mulakan pelaburan emas saya pada november 2008, dengan membeli kijang emas daripada maybank dengan harga RM85 segram pada masa itu...saya telah menjual kembali 7 keping kijang tersebut pada bulan 2 2009 dengan harga RM110 segram..saya telah untung sebanyak rm25 segram dalam lebih kurang masa hanya 3 bulan sahaja dan mencatat keuntungan sebanyak lebih kurang RM5000

Kemudian saya telah berpindah kepada pelaburan lain iaitu dengan membeli produk dari Public Gold, saya telah membeli 100g Gold Bar dengan Harga RM10666 pada bulan 5 2009...manakala sekarang harga telah meningkat kepada RM13,245 (boleh rujuk laman web public gold: www.publicgold.com.my), kita boleh melihat peningkatan harga emas dengan begitu cepat sekali iaitu RM13,245-RM10666 = RM2579 dalam jangka masa 7 bulan sahaja...anda tentu boleh bayangkan jika anda menyimpan emas tersebut dalam jangka masa yang panjang seperti 10 tahun...tentu harga nya akan menjadi berlipat kali ganda

di artikel akan datang saya akan menceritakan bagaimana anda boleh membuat keuntungan melalui pelaburan emas ini