Monday, November 9, 2009

Kenapa anda perlu membeli emas?

Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diterokai. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan. Jangan tunggu! Mulakan pelaburan emas anda sekarang juga

Mengapa anda perlu membeli emas?

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.

Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:

Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!

Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!

Harga Emas dunia 10 tahun

Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:



Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)

Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!

Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)

Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Antaranya ialah:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

Nota:
Saya telah mulakan pelaburan emas saya pada november 2008, dengan membeli kijang emas daripada maybank dengan harga RM85 segram pada masa itu...saya telah menjual kembali 7 keping kijang tersebut pada bulan 2 2009 dengan harga RM110 segram..saya telah untung sebanyak rm25 segram dalam lebih kurang masa hanya 3 bulan sahaja dan mencatat keuntungan sebanyak lebih kurang RM5000

Kemudian saya telah berpindah kepada pelaburan lain iaitu dengan membeli produk dari Public Gold, saya telah membeli 100g Gold Bar dengan Harga RM10666 pada bulan 5 2009...manakala sekarang harga telah meningkat kepada RM13,245 (boleh rujuk laman web public gold: www.publicgold.com.my), kita boleh melihat peningkatan harga emas dengan begitu cepat sekali iaitu RM13,245-RM10666 = RM2579 dalam jangka masa 7 bulan sahaja...anda tentu boleh bayangkan jika anda menyimpan emas tersebut dalam jangka masa yang panjang seperti 10 tahun...tentu harga nya akan menjadi berlipat kali ganda

di artikel akan datang saya akan menceritakan bagaimana anda boleh membuat keuntungan melalui pelaburan emas ini

No comments:

Post a Comment