Monday, November 9, 2009

Bagaimana saya nak mulakan pelaburan emas? Bhg. 1

Sebelum anda ingin membuat mana-mana pelaburan emas, anda perlu mengetahui serba sedikit tentang komoditi tersebut contohnya ketulenannya, harga, berapa karat dan sebagainya...mungkin akan saya jelas kan di artikel yang lain pula

Posting ini adalah panduan asas semata-mata, selain dari aspek-aspek yang saya sebutkan di atas perlu juga pertimbangkan aspek-aspek lain seperti jarak tempat jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran samada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.

1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?

Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:

1. Syiling emas - mempunyai banyak pilihan di pasaran samada 24 karat (999 emas) atau 22 karat (916 emas)
2. gold bar - kebanyakkan 24 karat (999 emas)

Jika anda susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.

Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)
Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik. beli dan jual balik di Maybank











Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz) .
Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:

- Canadian gold Maple Leave
- Australian Nugget
- Singapore gold coin







Pilihan ketiga:
a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)

Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia.
Mudah diperolehi di kedai emas.















Gold Bar Public Gold












Gold Bar Pamp Suisse
















Syiling Emas Public Gold


Bagaimana anda membuat pilihan untuk membeli produk-produk di atas bergantung kepada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan:

1. Senang Dibeli dan Senang untuk Dijual
Ini merupakan salah satu faktor terpenting yang perlu anda pertimbangkan adakah produk tersebut mudah dibeli, saya ambil contoh emas yang dibeli dari outlet dinar Kelantan Ar-Rahn merupakan salah satu pelaburan yang bagus jika outlet tersebut berhampiran dengan anda contohnya penduduk kelantan amat mudah untuk mendapatkan dinar kelantan dan anda boleh menjualkan nya kembali kepada kedai tersebut

2. Spread jualan balik yang rendah
Ini juga merupakan faktor mengapa produk emas tersebut menjadi pilihan anda, saya ambil contoh jika anda membeli pamp suisse 100g dengan harga semasa RM12800 dan apabila anda hendak menjual kembali ke kedai emas..kedai tersebut akan menolak 30% daripada harga semasa emas, kedai tersebut akan membeli emas anda sebanyak RM8960 sahaja, tentunya jika anda hendak menjual ke kedai emas ia merupakan langkah yang tidak bijak, anda perlu beralih kepada produk lain yang menjanjikan belian balik yang competatif

Nota:
Emas walaupun macam manapun keadaan ia tetap menguntungkan anda cuma bagaimana anda hendak memaksimakan keuntungan anda, jika anda ingin bertanya tentang emas, anda boleh berkongsi pengalaman dengan saya, insya allah dengan ilmu yang sedikit ini, saya akan dapat berkongsi ilmu dengan anda

No comments:

Post a Comment