Wednesday, November 11, 2009

Apa pilihan Anda Barang Kemas atau Syiling Emas

Assalamualaikum...kengkawan semua

Mungkin semua orang sudah tahu tentang kepentingan emas, sebab itu kalau anda melintas di kedai kedai emas tak kira lah Poh Kong ke...Wah Chan ke...tak kira macam mana pun harga emas, penuh saja kedai emas kan...

So.. artikel hari ini saya ingin mengupas tentang barang kemas dan syiling emas

Barangan kemas

Barangan kemas memang tidak asing lagi bagi semua orang, Bagi orang perempuan pula barang kemas merupakan suatu kemestian kalau tidak dikatakan tak berseri pula seseorang wanita tersebut tanpa perhiasan

Kemudian barang kemas menjadi keperluan pula di waktu sesak yang memerlukan wang tunai segera, maka wujudlah pajak gadai islam dengan begitu pesat ekoran permintaan yang tinggi terhadap pajak gadai islam

Oleh itu barang kemas menjadi kegilaan orang ramai ekoran ia menjadi sumber untuk mendapatkan wang tunai segera, namun zaman telah berubah malah kepentingan emas mula mendapat tempat di hati orang ramai maka terdapat pilihan yang lain selain daripada barangan kemas iaitu syiling emas dan jongkong emas

Di sini saya nyatakan kebaikan dan keburukan keduanya untuk anda membuat perbandingan, walaupun memiliki keduanya adalah baik kerana tetap memberi keuntungan kepada anda pada jangkamasa panjang namun jika anda inginkan keuntungan yang maksimum, anda perlu tahu maklumat-maklumat berikut:

Kebaikan Barangan kemas

1. Sebagai barang perhiasan, selalu bila hari raya, pergi kenduri kahwin baru la barang-barang kemas ini keluar dari simpanan, kalau yang basahan tu biasanya yang simple-simple je...kalau pergi kenduri baru yang hat canggih sekit keluar

2. Boleh digadai tanpa sebarang masalah di mana-mana pajak gadai samada bank rakyat, Arrahn, Yapeim dan lain lain

Keburukan Barang kemas

1. Harga barang kemas adalah mengikut Harga Emas Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) yang mana jauh lebih mahal daripada harga sebenar emas

2. Biasanya barangan kemas 916 (22 karat) kalau digadai tidak akan memperoleh 22 karat tepat malah jika tidak kena gaya boleh turun sehingga 18 karat sahaja sebab itu kedai emas boleh memberi diskaun gila gila kepada anda, anda ingatkan anda dah untung sebenarnya tapi kualiti emas yang anda beli bukanlah 22 karat sebenarnya. Jika barangan kemas anda mempunyai ukiran yang melampau, mesin gadaian juga tidak dapat membacanya oleh itu kemungkinan barangan anda tidak dapat dipajak

3. Jika anda ingin menjual barangan kemas anda, barangan anda akan ditolak 20-25% daripada harga semasa, memang la anda tetap memperoleh keuntungan kerana semasa anda membeli mungkin harga adalah RM40 segram dan harga semasa anda jual adalah RM120 segram namun dengan menjual barangan kemas anda tidak memaksimakan keuntungan anda

4. Semasa membeli barangan kemas kos yang dikenakan termasuk kos upah

Syiling Emas


Kebaikan membeli Syiling atau Jongkong emas (saya ambil contoh emas public gold)

1. Harga jualan yang lebih murah daripada barangan kemas di samping kualiti emas yang lebih baik, jualan dan belian adalah berpandukan kepada web public gold (www.publicgold.com.my)

2. Sesuai dijadikan pelabuaran jangka masa panjang kerana anda boleh menjual kembali emas anda dengan spread harga dalam 5-6% sahaja berbanding menjual di kedai emas dengan belian balik yang rendah ditolak dalam 25-30%

3. Masih boleh dijual walaupun calar, bengkok dan sebagai asalkan tidak mempengaruhi berat asalnya


Keburukan membeli Syiling emas

1. Tidak semua pajak gadai menerima syiling emas seperti Agro dan Yapeim tidak menerima gadaian dalam bentuk syiling namun anda tetap ada pilihan lain seperti bank rakyat dan jika anda memang tidak suka mengadai emas anda, ia merupakan aset yang paling tepat untuk dimiliki

No comments:

Post a Comment